Sunday, September 7, 2014

Urutan Perineum untuk Mengurangkan Koyakan dan Jahitan Sewaktu Bersalin

Assalamualaikum..

Harini, yun akan ceritakan sesuatu yang sangat best utk ibu yang bakal bersalin secara normal  terutamanya iaitu..

CARA-CARA UTK MENGELAKKAN ATAU MENGURANGKAN KOYAKAN ATAU JAHITAN SEWAKTU BERSALIN

Sememangnya perkara ini yang menjadi igauan ngeri setiap ibu yang bakal bersalin.. betol tak?? betol tak?? =P

Yun penah berborak2x dengan sorang member, doktor perempuan yang dah berpengalaman dan  bertugas di labour room..pasal bersalin. Jadi amik kesempatan bertanya pasal jahit dan koyak nih..

Jadi.. mengikut pendapat diye.. berdasarkan pemerhatian..

Koyakan dan jahitan banyak mana nih bergantung pada teknik seseorang tuh meneran.. and lagi satu.. faktor PEMAKANAN..

Diam kejap..apesal..pemakanan plak ye?? and jawapannya..

Kebanyakan orang india bersalin..kurang koyak tau.. sebab diyeorg byk mkn oil2x nih.. kari.. and rajin menyapu2x minyak kat badan nih.. jadikk kulit mereka nih..mcm kenyal sket tau.. elastik gitu...

oooowhhh...jeng3x... cucuk skit...tanye doktor.. aku ada jual vco utk urutan perineum. Ko rase kaedah tuh berkesan tak??? And definitely...jawapan diye yes!!!

Orite..straight to the point now...

Apakah Urutan Perineum???
-Urutan perineum adalah urutan pada bahagian perineum wanita (kawasan antara lubang vagina dan dubur) yang bertujuan untuk mengenyalkan bahagian tersebut dan mengelakkan dari berlaku koyakan atau mengurangkan jahitan sewaktu bersalin dengan menggunakan minyak yang selamat digunakan seperti Minyak Kelapa Dara.

Bila Masa untuk Buat Urutan Perineum??
- Urutan perineum boleh dilakukan seawal kandungan berusia 34 minggu ke atas.

Siapa yang Boleh Buat Urutan Perineum??
- Boleh lakukan secara sendiri atau oleh pasangan anda. Mengikut keselesaan bakal ibu

Bagaimana Cara Urutan Perineum??
- Masa terbaik utk urutan perineum adalah selepas mandi, kerana lepas mandi.. kulit masih lembab dan selesa utk urutan.

-Keperluan : Minyak Kelapa Dara dan tangan yang telah dicuci bersih.. serta kuku yang pendek

-Posisi:
Atas katil..bersandar pada dinding
Atau atas kerusi dalam bilik air
Atas mangkuk tandas
Atas sofa
(yang penting kedudukan selamat..selesa dan tidak diganggu)



Sumber gambar:  http://norazizah.org

-Teknik Urutan

1. Sapukan jari anda dengan minyak kelapa dara.
2. Letakkan Satu Jari atau Dua Jari (dalam gambar-satu ibu jari) ke bahagian dalam dinding dan jari selebih nya ke bawah punggung
3. Urut kawasan diantara lubang vagina dengan lubang dubur serta dalam dinding..mengikut arah yang ditunjukkan pada gambar.
4. Lakukan berulang kali selama lebih kurang 5 minit setiap kali urutan. Urutan boley dilakukan sehari sekali.
5. Selepas urutan lakukan kemutan pada vagina (seperti menahan kencing atau angin). Tahan selama 10-30 saat dan relaks.. Ulang 5-10 kali selepas urutan.

Urutan akan menjadikan kulit dibahagian perineum lebih elastik dan memudahkan proses bersalin..

Jangan lakukan urutan perineum sekiranya anda mempunyai masalah jangkitan atau penyakit pada vagina dan mengalami kesakitan sewaktu melakukannya.


Jadi untuk mendapatkan Minyak Kelapa Dara Cecair Brand Treenea untuk urutan perineum.. seperti gambar dibawah:


Dan sekarang siap ada SALE MERDEKA LAGI..


Satu Liquid VCO nih 180ml tau.. banyak.. Boleh pakai lama.. Sesuai utk sapu pada perut juga...utk mengelakkan stretchmark dan juga pada kulit bayi yang bakal lahir nanti. Melegakan ruam..alahan,,utk sembelit dan macam-macam lagi la.. Memang sesuai sgt..ekonomi utk ibu dan bayi.. ada juga dalam bentuk sofgel. Amalkan pemakanan Minyak Kelapa Dara sofgel atau liquid juga boleh melembutkan kulit, kulit bayi bersih, membekalkan tenaga, mengelakkan sembelit dll.



Cara dapatkan Virgin Coconut Oil atau Minyak Kelapa Dara

Whatsapp atau SMS 
019-3535052-yun

Penghantaran POSLAJU PERCUMA dari Yun sahaja
ke seluruh Semenanjung Malaysia

Atau COD di lokasi-lokasi berikut: Pasir Gudang, Kota Kemuning, Ampang, Bukit Kinrara Puchong, Cyberjaya, Bandar Puteri Klang, Seri Manjung, Lumut,

1 comment:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete